1
Saya
mengajar murid darjah enam. Dalam kelas saya, pelajar digalakkan memberikan
idea, dan setiap idea akan dipuji sebelum diuji. Saya beri mereka rasa
dihargai, mereka boleh tunjuk idea yang belum pernah mereka tunjuk sebelum ini.
Mereka rasa selamat dan tidak rasa berbahaya apabila didalam proses mempelajari
sesuatu benda yang baharu yang mungkin membuat kesalahan.Saya telah mereka
aktiviti yang sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Mingkin aktiviti ini agak
sukar kepada pelajar kelas lain. Aktiviti yang direka bentuk oleh guru
memudahkan kewujudan sesuatu hasil. Objektif saya ialah pelajar dapat mencipta
frasa-frasa adjektif untuk warna, ukuran dan bentuk. Pertamanya saya akan
kenalkan mereka kepada penggunaan frasa adjektif tersebut, seperti
1. Semut
nakal itu tidak hiraukan perhimpunan
2. Semut
merah boleh menggigit
3. Ada
beza antara semut pekerja dan semut tentera.
Isu
yang diketengahkan ialah tingkah laku pelajar yang suka bercakap sewaktu
perhimpunan pagi berlangsung. Masalah ini sering berlaku dan akibatnya pelajar
tidak membuat perbarisan dengan lurus, mereka tidak mengikut arahan guru dan
kurang disiplin. Ada juga pelajar yang makan dan minum sewaktu perhimpunan
berlangsung dan membuat sampah selepas perhimpunan berakhir.
Dalam
kumpulan seramai 8 orang , pelajar dikehendaki membuat satu sketsa yang
mengutarakan masalah tersebut, tetapi mereka mesti berlakon mereka menjadi
pelajar-pelajar didalam sebuat komuniti semut. Anak-anak semut yang beratur
bercakap sesama sendiri dan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan
sekolah semut. Guru besar semut sentiasa mengingatkan anak-anak semut supaya
memberikan perhatian, tetapi semut dalam kelas darjah 4 dan 5 selalu berbual
dan makan secara curi-curi.
Pelajar
dikehendaki membuat dialog yang kelakar dan menarik dan menggunakan kosa kata
yang betul. Diharapkan penonton akan sedar dan merasa terhibur di sampit
mendapat maksud yang tersirat iaitu hendaklah sentiasa berdisiplin sewaktu
perhimpunan.
2
Untuk
mengajar pelajar darjah dua kemahiran pertuturan, murid akan berlakon didalam
satu drama. Lakonan ini, murid akan menghafal dan berlatih menyebut
perkataan-perkataan yang terdapat didalam Huraian Sukatan Pelajaran bahasa
Melayu pada tahun satu. Pelajar melakonkan satu drama yang bertajuk “Saya
Sebatang Gigi”. Pelajar hafal skrip yang mudah, dan didalam skrip itu terdapat
elemen sebutan dan tatabahasa yang mereka pelajari. Watak-watak personifikasi
yang dicipta semua akan mengucapkan dialog bersama dengan pergerakan badan.
Matlamat
utama ialah supaya pelajar dapat menyebut perkataan bahasa melayu dengan betul.
Mereka dapat beranikan diri menyebut perkataan di hadapan orang ramai. Matlamat
sampingan ialah mereka dapat ulangkaji pengajaran kesihatan yang mengajar
tentang cara penjagaan gigi seharian dengan baik.terdapat langkah-langkah
penjagaan gigi seperti menggosok gigi, gunakan flos dan gosok dua kali sehari,
juga pantang larang didalam pemakanan seperti kurangkan makanan banyak gula
supaya gigi tidak rosak.
Teks
yang dihasilkan adalah hasil dari perbincangan guru dengan murid. Guru
bertanyakan murid perkara penting didalam amalan penjagaan gigi iaitu kenapa
kita mesti gosok gigi, berapa kali gosok gigi dalam sehari, apa cara menggosok
gigi yang murid amalkan. Murid memberikan jawapan, dan guru akan mengajar mereka
tentang subjek menjaga kebersihan mulut dan gigi.
Terdapat
banyak watak utama dan watak sampingan yang diberikan kepada pelajar. Mereka
memakai kostum yang berbentuk gigi hadapan, sisa makanan, berus gigi dan alat
tajam doktor gigi dan karies gigi. Seorang pelajar menjadi watak utama, dengan menunjukkan
peranan pemilik gigi untuk menjaga gigi.
Jalan
ceritanya adalah dicadangkan begini:
Selepas
makan, terdapat sisa makanan yang berada di celah gigi. Kemudian datang seorang
murid memakai kostum berus gigi dan ada perbuatan memberus gigi. Sisa makanan
jatuh kebawah. Gigi kedua tanggal, dan jatuh kebawah, watak utama menangis.Satu
minggu kemudian, ada keluar sedikit gigi kekal, dan watak gembira, dan semua
gigi berharap pemilik gigi akan jaga kebersihan giginya dengan baik.
3
Topik
bahasa Melayu yang saya mahu ajaran kali ini ialah imbuhan awalan dan akhiran.
Saya selalu mengajak murid memberikan idea dan saranan yang baharu. Untuk
aktiviti ini, saya mahu mengajar mereka lisan dan kemahiran bertutur.kali ini
saya mengajar nilai estetika dengan saya dan pelajar sama-sama mencipta ayat
yang boleh menerangkan masalah habuk yang terdapat di hadapan kelas. Habuk ini
hadir kerana pelajar tidak selalu bertugas mengelap papan hitam. Oleh itu,
pendengar disarankan supaya menjalankan tugas mengelap papan hitam setiap hari.
Didalam
kumpulan, pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang mengutarakan masalah
habuk yang berterbangan yang mungkin mendatangkan masalah kesihatan dan
mengotorkan kelas di bahagian hadapan. Murid darjah 1 akan diberikan soalan
yang mudah dijawab, seperti (cikgu menyapu sedikit habuk kapur menggunakan jari
dan bertanya kepada murid, apa yang cikgu ada di jari ini. Murid akan menjawab
habuk kapur. Apa warna habuk ini ? putih. Dimana cikgu dapat habuk ini ? di
papan hitam.habuk ini datang dari mana ? dari kapur. Habuk ini boleh
dibersihkan atau tidak ? Boleh. Bagaimana hendak bersihkan? Guna kain lembab
atau tangan ? Kain lembab. Guru tunjukkan cara lap habuk menggunakan kain
lembab.Guru tanya pelajar kalau tidak ada kain lembab ,tapi kita ada
suratkhabar, dan kita basahkannya, bolehkah kita guna suratkhabar yang lembab
untuk gantikan kain yang lembab ? Jika murid jawab tidak dan ya, guru akan
tunjukkan bahawa ia boleh dilakukan. Guru Tanya lagi bolehkah kita guna benda
lain selain dari kain dan suratkhabar untuk bersihkannya? Murid akan beri
jawapan yang pelbagai dan mungkin guru tidak akan jangkakan.Jika murid kurang
bei jawapan, guru beri cadangan-cadangan yang menerangkan bahan apa yang boleh digunakan
selain dari kain seperti span basuh pinggan, kertas terpakai dan pengelap habuk
jenis bulu ayam. Guru menerangkan objek tersebut tetapi tidak menamakannya
supaya murid boleh berfikir dan teka objek yang betul. Selepas murid berikan
cadangan bahan apa yang boleh digunakan, guru Tanya bolehkah ada sesiapa yang
hendak lakukannya hari-hari? Jika ada, itu sudah bagus. Jika tiada maka guru
tanya bolehkah kita ada jadual waktu, iaitu setiap hari ada orang yang akan
bersihkan papan hitam. Contohnya kalau hari ini salleh yang bersihkan, esok
selasa bukan salleh, tetapi ali pula. Rabu akan jadi orang lain pula seperti
Wong, khamis Raju pula dan Jumaat ialah Lim.
4
Didalam
mengajar bahasa Melayu kali ini saya akan mengajar mereka kata nama khas untuk
orang dan tempat. Saya akan ajar mereka nama khas seperti Ali, Hamdan dan Salih
dan tempat seperti Jasin, Mydin Shopping Complex dan Tambak Paya. Perkataan ini
perlukan huruf besar paa permulaan ayat. Murid darjah 5 ditunjukkan gambar
murid lelaki yang bermain botol sepak di kantin. Perbuatan ini berlaku sewaktu
sekolah sudah berakhir sementara mereka menunggu ibu bapa atau bas datang
mengambil mereka. Ia dilakukan oleh kira-kira 20 pelajar darjah 4 dan 5 dan
berlangsung selama satu jam. Sewaktu mereka bermain, bunyi botol dan lantai dan
suara mereka bersorak membuat bising. Baju mereka basah akibat peluh. Permainan
akan berakhir apabila kesemua mereka pulang kira kira satu jam selepas sekolah
berakhir.
Guru
berkata mungkin murid kelas ini juga terlibat didalam permainan botol sepak,
yang membuat bunyi bising. Guru tidak marah kerana ia bukan satu kesalahan,
Cuma khuatir ada pelajar akan jatuh. Murid hanya bermain bola, sekurang
kurangnya dapat mengelakkan dari mereka membuat kesalahan.Murid ditanya siapa
yang suka bermain botol sepak seperti itu, adakah menyokong permainan ini atau
membantah, atau berkecuali. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil 4 orang,
mereka diberi tajuk iaitu Permainan botol sepak sementara menunggu waktu
pulang, apa kebaikannya ? atau Permainan botol sepak sementara menunggu waktu
pulang, apa keburukanya ? Kumpulan pelajar diminta menyediakan 3 maklumat dan
beri penerangan untuk satu maklumat. Contohnya kebaikan ialah ia dapat mengeluarkan
peluh, kerana pelajar yang bermain mesti akan berpeluh dan membuang toksik
dalam badan.
Pelajar
diberikan kepada empat kumpulan dan
diberikan soalan. Ada dua kumpulan penyokong dan aka nada dua kumpulan
membantah. Dua kumpulan A ialah
menyokong pendapat kebaikan bermain sewaktu menunggu bas datang, dan dua kumpulan
B ialah menyatakan keburukan bermain sewaktu menunggu bas datang. Mereka boleh
menyentuh aspek mengisi masa lapang, mengeluarkan peluh dan mengelakkan dari
keluar sekolah. Keburukannya mungkin mengotorkan baju, membuat bunyi bising dan
pelajar mungkin terjatuh. Bahaskan.
Mereka
akan membahaskan topik tersebut antara dua kumpulan, dan guru akan membuat
penilaian kumpulan manakah yang boleh memberikan hujah dan sebab yang tepat.
5
Topik
kali ini ialah berkenaan penggunaan sumber. Saya mahu memperkenalkan mereka
kepada subjek dan predikat. Pertamanya saya kenalkan mereka kepada topik
tersebut. Kedua, saya minta mereka untuk menjadi lebih sensitif kepada keadaan
di dalam sekolah mereka. Murid kemudiannya melihat gambar satu meter air
didalam kawasan sekolah ,melalui joint ada air yang menitis. Dibawah pili itu
terdapat rumput yang panjang. Ini satu pembaziran sumber. Perlu diperhatikan
air yang menitis ini berterusan, iaitu menitis 30 titisan setiap minit. Jika
dihitung, ia akan mengumpulkan satu gelen dalam masa 3 jam. Dalam masa 24 jam,
ia akan dapat mengumpulkan 8 gelen air yang hanya dibiarkan terbuang sahaja
secara percuma kerana tidak ada penelitian mata oleh sesiapa.
Mereka
ditanya apa sebab air keluar dari paip atau tumpah ? Ini kerana murid yang
ambil air tidak tutup rapat. Apa kesan kepada lantai ? Lantai berlumut dan
hitam kotor. Apa cara hendak selesaikan ? Elakkan dari air terkena lantai.
Murid ditunjukkan kepada gambar sebuah pasu bunga yang diletakkan dibawah paip.
Apabila air jatuh, ia tidak akan jatuh ke lantai, tetapi akan jatuh kedalam
pasu bunga.
Murid
diminta memikirkan cara hendak memanfaatkan air yang tertumpah, dan dapat
menyelesaikan beberapa masalah seperti lumut, kotor dan pokok bunga yang tidak
bersiram. Aktiviti ini dilakukan didalam kumpulan empat orang. Murid diminta
mencari 3 cara untuk menggunakan air yang tertumpah dari pili, air yang
menitis.
Murid
diminta menggunakan kata nama khas untuk tempat, kata nama khas merujuk kepada
nama orang dan mengunakan penanda wacana yang sesuai.
Murid
akan ditanya tentang pembaziran air yang berlaku bila dan dimana ia terjadi.
Pembaziran berlaku kerana sebab kecuaian manusia, bukan kerana sebab semulajadi
atau sebab yang diluar kemampuan manusia untuk mengawalnya. Untuk pelajaran kali ini ialah murid dapat
sumbangkan idea untuk memaksimumkan penggunaan air, iaitu air yang digunakan
lebih dari sekali. Contohnya, air basuhan beras digunakan untuk menyiram pokok
bunga.
No comments :
Post a Comment