Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, December 18, 2010

Contoh Laporan Ahli jawatankuasa Kembara Terbilang 2008

Laporan Ahli jawatankuasa Kembara Terbilang 2008
Jawatankuasa Lalulintas dan Keselamatan
Tarikh: 29-30 Oktober 2008 (Rabu-Khamis)
Tempat: Kem Lambaian Danau Kampung Chin Chin, Jasin Melaka
Ketua Komiti: Hasbi bin Mohamed Arifin
Ahli jawatankuasa lalulintas:
1.      Jadid bin Karim
2.      Zainal Abu Hussain
3.      Baharom b Rasol
4.      Azaman bin Abd. Ghapar
5.      Azman b Mahmud

6.Zaidi bin Mail
7.Abd Rashid b Mohd Ali
8.Khalid b Abas
9.Azmy b Wahab
10.Zaki b Mohd Shah

11.Nordin Mohamed
12.Izhar bin Manja
13.Hazaha b Wahab
14.Mohd Rahim b Sehad
15.Zainal b Ibrahim

Berhalangan:
  1. Zahiruddin b Ibrahim
Laporan:
Ahli komiti lalulintas ditugaskan untuk memastikan keselamatan pelajar tingkatan 5 dari Dewan Selera Puteri MRSM ke Kem Lambaian Danau. Sebelum program bermula, pada 21 Oktober 2008 surat meminta marshal telah dihantar kepada PDRM Jasin dan surat pemakluman dihantar ke Hospital Jasin, Surat melantik marshal dan ajk keselamatan juga telah dihantar pada 22 Oktober 2008. Ahli komiti terdiri dari pekerja dan guru seramai 16 orang (termasuk ketua komiti) menaiki motorsikal dan kereta mengawal lalulintas dan perjalanan pelajar. Semua ahli komiti tiba di DS tepat jam 2 untuk mengiringi pelajar. Cara mengawal ialah dengan memberhentikan motorsikal di tepi jalan, untuk mengehadkan lebar jalan yang dilalui oleh pelajar, dan pelajar tidak boleh melepasi lebih dari lebar jalan yang dihadkan. Kemudian selepas barisan berakhir, marshall akan ke hadapan barisan untuk mengambil pos seterusnya. Perjalanan bermula jam 2.30 dan pelajar berjalan kaki membawa beg masing-masing. Pelajar perempuan berjalan dahulu, kemudian pelajar lelaki menuruti dari belakang. Sebuah kereta peronda PDRM Jasin telah membantu pihak maktab untuk mengawal lalulintas kereta awam, terutamanya di persimpangan. Kereta peronda sentiasa memberikan arahan kepada pelajar untuk berjalan di tepi jalan, dan bukannya di tengah jalan. Sepanjang perjalanan, cuaca adalah baik.
            Ada pelajar yang bergurau dan berjalan sehingga mengambil setengah jalan raya. Komiti bertugas bertindak segera dengan mengingatkan pelajar terbabit untuk berjalan di tepi jalan sahaja Pelajar yang tidak berkeupayaan untuk berjalan akan dihantar oleh marshal dan komiti bukan marshal ke kem. Ada pelajar dihantar pulang ke maktab kerana hendak menukar kasutnya yang rosak sebelum meneruskan perjalanan semula. Semasa bertugas, marshal diberikan kudapan. Sesampainya di kem Lambaian Danau, marshal diberikan air dan elaun tugas berjumlah RM 10 seorang. Tugas marshal berakhir pada masa itu, dan marshal tidak bertugas semasa perjalanan pulang kerana peserta menaiki bas pada 30 Oktober 2008.
Cadangan pada masa hadapan ialah ahli komiti diberi bendera kecil, dan topi keselamatan ekstra, untuk membawa pelajar sekiranya ada kes. Juga, dicadangkan meminta bantuan marshal polis sekiranya perlu.
             Ahli jawatankuasa keselamatan:
1.Khalid b Abas
2.Rashid b Ali
3.Malek b Md Nasir

4.Rudin b Arip
5.Azmy b Wahab
6.Fauzi bin Raman

7.Jadid bin Karim
8.Mohd Amirullah b Sulaiman
9.Mohd Sabri b Mamat

Berhalangan:
  1. Nor Siti Maimunah b Abdul Razak*
  2. Hambali b Mt Daud
  3. Hairunizam b Ahmad
Laporan:
Ahli jawatankuasa keselamatan ditugaskan untuk memastikan keselamatan pelajar semasa program berlangsung di kem. Aktiviti dikelolakan oleh komiti di kem. Ahli komiti telah memeriksa keadaan kem sesampainya di kem dan pada malam harinya komiti berjaga .  Komiti telah meminta kerjasama dari LDP, BADAR dan BWP, kesemuanya berjumlah 20 orang untuk menjalankan aktiviti night patrol. Syif pertama ialah dari jam 12-3 pagi, dan syif kedua pada 3-6 pagi Khamis 30 Oktober. Mereka menjalankan night patrol dengan cemerlang, dengan tidak ada kes melibatkan keselamatan atau disiplin pelajar yang dilaporkan. Hari pertama Rita Melissa dari kelas 511 dihantar pulang ke maktab oleh pemandu kerana menghidap demam campak. Pada malam harinya diadakan program BBQ dan didapati tidak ada kes pelajar sakit perut kerana keracunan makanan atau kerana air tidak bersih. Keseluruhannya tidak ada kes serius yang dilaporkan sepanjang pelajar menyertai program Kembara Terbilang.
            Pada Kembara Terbilang tahun hadapan, diharapkan keselamatan dan kebajikan komiti dan peserta akan ditingkatkan untuk memastikan kelancaran program tersebut. Kerjasama dari semua pihak diucapkan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:

Hasbi bin Mohamed Arifin
Lampiran
Rujukan Kami:
  1. PERLANTIKAN MENGANGGOTAI JAWATANKUASA DAN PENASIHAT AKTIVITI KOKURIKULUM, MULAI TAHUN 2008 (TGB/FP:214037)
  2. SURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KEMBARA TERBILANG 2008 KALI KEDUA(MRSM/TGB/J )
  3. SURAT PELANTIKAN SEBAGAI AJK LALULINTAS PROGRAM KEMBARA TERBILANG 2008 (MRSM/TGB/HEA/8)
  4. SURAT PELANTIKAN SEBAGAI AJK KESELAMATAN PROGRAM KEMBARA TERBILANG 2008 (MRSM/TGB/HEA/8)
  5. SURAT PEMAKLUMAN KEPADA PIHAK HOSPITAL MENGENAI PROGRAM KEMBARA TERBILANG 2008 (MRSM/TGB/HEA/8)
  6. SURAT PEMAKLUMAN KEPADA PIHAK POLIS JASIN MENGENAI PROGRAM KEMBARA TERBILANG 2008 (MRSM/TGB/HEA/8)
  7. LAPORAN JAWATANKUASA KEMBARA TERBILANG 2008 (MRSM/TGB/HEA/8)



No comments :

Post a Comment