Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, December 18, 2010

Minit Mesyuarat Jabatan Bahasa Kali ke 5/2007(contoh)


Minit Mesyuarat Jabatan Bahasa Kali ke 5/2007

Tarikh: 6 Ogos 2007 (Isnin)
Masa: 1.10 petang-2.15 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat BITARA


Kehadiran:

1.     Pn Molly Lim Yoke Fong            -           Pengerusi
2.     En Hasbi bin Mohamed Arifin
3.     En Tingku Zahari Raja Ismail
4.     Tn Hj Hasran b Hashim
5.     En Baharum b Arshad
6.     En Jadid b Karim
7.     Pn Durratul Ain bt Jamal
8.     Pn Hjh Zakiah bte Khamis
9.     Pn Hjh Nor Hasliana bt Mohamad
10.  Pn Noor Haziah bte Abdul Halin
11.  Cik Fauziah Hanim bte Nordin
12.  Pn Nor Fadzli bte Kamaruddin
13.  Pn Sharizah bt Riza
14.  En Daud b Thamby
15.  Pn Idamadiha bt Md Jani
16.  Cik Nuraiemy bt Ahmad
17.  Cik Siti Noor Azreen bt Che Omar
18.  Cik Iri Dayanie bt Shafee
19.  Cik Akma Azlin bt Mohd Zain
20.  Tn Haji Mohd Amin b Rohani

Tidak Hadir Dengan Izin


1.     Pn Rosmurni Abd Aziz
2.     Pn Siti Hajar bt Ali












1.0

Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli mesyuarat dan guru baru.
2.0

Pengesahan Minit

Pengesahan minit dicadangkan oleh Pn. Durratul Ain Jamal dan disokong oleh Puan Idamadiha Md Jani.

3.0


Perkara-perkara Berbangkit


3.1
Kad Perakam Waktu
Kad perakam waktu akan disemak pada setiap hari Jumaat. Guru harus meminta tandatangan Ketua Jabatan apabila lewat ke pejabat. Sekiranya guru ada kelas waktu pertama waktu akhir merakam waktu selewat-lewatnya pada jam 7.38 pagi. Kad akan bertukar kepada kad hijau jika rakaman lewat sebanyak 3 kali tanpa pengesahan pegawai.



Tindakan: Guru

3.2

Fail Persediaan Mengajar
Semua guru dikehendaki melengkapkan fail persediaan mengajar sebelum kelas bermula.



Tindakan: Guru

3.3

Peperiksaan Pelajar Tingkatan Empat

Ketua Jabatan mengingatkan peperiksaan pertama pelajar tingkatan empat haruslah dipermudahkan.



Tindakan: Guru

3.4

Pengembalian Fail Lama

Guru-guru  yang belum mengembalikan fail persediaan mengajar yang lama diminta berbuat demikian.



Tindakan: Guru yang terlibat sahaja

3.5

Pengisian Borang Intervention

Guru diminta mengisi borang intervention sekiranya membuat pertemuan dengan pelajar bermasalah.


Tindakan: Guru

3.6

Perjumpaan Homeroom

Perjumpaan homeroom pelajar tingkatan 4 adalah pada setiap hari Selasa, untuk pelajar tingkatan 5 adalah pada minggu pertama sahaja.


Tindakan: Guru

3.7

Masalah Disiplin Pelajar

Pihak JDM memang menjemput guru penasihat Homeroom untuk menghadiri sesi perbicaraan anak homeroom yang bermasalah, guru tidakdapat berbuat demikian sebab ada kelas.



Makluman

4.0

Makluman dari atas

4.1

Amaun COLA

COLA adalah RM 200 setiap bulan. Pihak pengurusan meminta supaya dibuat pembayaran mulai dari bulan 1 hingga bulan 5



Tindakan: Pihak pengurusan

4.2

Skim Guru

Guru yang berminat untuk ke DG 52 dan 54 boleh memohon melalui skim Guru Cemerlang atau memasuki bidang pengurusan.



Makluman

4.3

Pemindahan pelajar

Pelajar yang menginap di Blok C akan dipindahkan ke blok D sebab masalah paip bocor.


Makluman

4.4

Program Kembara Terbilang

Program Kembara Terbilang dijadualkan pada 21- 22 Oktober 2007 adalah dibawah pengurusan Encik Baharom bin Arshad selaku penyelaras ko-kurikulum


Tindakan: Penyelaras ko-kurikulum


4.5

Majlis Graduasi

Majlis dijadualkan pada 20 Oktober 2007. Tetamu kehormat yang dijemput ialah Profesor Ismail Hassan, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia.


Makluman

4.6

Pembetulan Markah di UPPM

UPPM menetapkan untuk membuat perubahan markah selepas sesuatu peperiksaan adalah pada tarikh tertentu sahaja. Ini untuk memastikan kelancaran pemerosesan markah berjalan lancar.


Makluman

4.7

Hari Akademik

Hari Akademik dijadualkan pada 17 Ogos 2007 dan akan melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang TPNG kurang dari 3.0. Pelajar-pelajar yang terlibat akan disenaraikan.


Makluman
0
4.8

Surat Akuan Untuk Mengambil Peperiksaan

Pelajar-pelajar yang tidak menduduki peperiksaan dan mempunyai surat sakit atau terlibat dengan aktiviti maktab pada masa peperiksaan berlangsung dibenarkan berbuat demikian pada hari lain. Dicadangkan masanya ialan dalam masa dua minggu selepas peperiksaan berakhir. Dicadangkan pelajar yang tidak mempunyai alasan yang kukuh akan diberikan markah 0, dan bukannya TS atau TH.


Makluman

4.9

Program Mentor Mentee

Guru diminta memberi kerjasama menyediakan nota atau latihan untuk program mentor mentee anjuran BWP. Terdapat 51 kumpulan yang terlibat.


Tindakan: Guru

4.10

Penilaian Naziran untuk calon Guru Cemerlang

Guru diminta memberi kerjasama memberi laluan dari segi penjadualan waktu semasa pencerapan guru cemerlang.


Tindakan: Guru



Sehubungan dengan lawatan Pengarah BPL(M) guru diminta memastikan buku rekod dan papan maklumat di lebuh ilmu sentiasa dikemaskini
4.11

Pengagihan Insentif RM 200 ribu

Insentif RM 200 ribu diagih-agihkan untuk beberapa projek di dalam maktab, seperti Grand Dinner, Kembara Terbilang, Baju, Unit fotostat, LCD, pemasa asrama dan bilik kuliah baru di blok akademik tingkatan 4 A,B,C dan D.

5.0

Hal-hal Jabatan


5.1

Taklimat Kelas Tambahan

Taklimat kelas tambahan Bahasa Inggeris semasa cuti akan diadakan pada minggu hadapan.


Tindakan: Guru Kanan BI

5.2

Wakil Jabatan Bahasa dalam kelab Guru

Mesyuarat menetapkan wakil Jabatan Bahasa di dalam Kelab Guru adalah Puan Idamadiha Md Jani.


Tindakan: Puan Idamadiha Md Jani.


5.6
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.



Disediakan oleh,




 

Hasbi bin Mohamed Arifin
Setiausaha Jabatan Bahasa
Disahkan oleh,




 

Puan Molly Lim Yoke Fong,
Ketua Jabatan Bahasa

No comments :

Post a Comment