Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, December 18, 2010

SAMPLE LAPORAN AHLI JAWATANKUASA LALULINTAS PENDAFTARAN TINGKATAN 4

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA LALULINTAS
PENDAFTARAN TINGKATAN 4

TARIKH: 17 MAC 2010
MASA: 8 PAGI-2 PETANG

TEMPAT: MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA
JASIN MELAKA

GURU PETUGAS:
1)CIKGU HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
2)CIKGU TUAN HADIE SYAFUN
3) CIKGU AZIZUL B MUSTAFA
KOMITI KECIL: 50 ORANG PENGAKAP TINGKATAN 5 dan 10 ORANG JPAM

Pengenalan
Pada hari Rabu 17 Februari 2010, seramai 25 orang pengakap dan 10 orang ahli JPAM telah diberi tugas mengawal tempat letak kereta dan lalulintas sepanjang hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 tahun 2010. Tempat letak kereta untuk ibubapa adalah di Dataran Cendikiawan, kawasan di tepi kolam renang, belakang dewan selera , belakang purple block, belakang blok asrama putera B,C dan D (baru)dan hadapan blok E,F dan G.Tempat letak kereta untuk guru adalah kawasan tepi mesin ATM, disebelah pintu masuk utama dan kawasan antara PSI dan blok akademik.  Kawasan meletak kereta yang telah dikhaskan untuk VIP (sekiranya ada) adalah di hadapan bangunan pentadbirKereta tidak dibenarkan diletakkan di hadapan pintu masuk Dewan Bendahara, untuk mengawal perjalanan ibu bapa. Syukur hari tidak hujan sepanjang program berlangsung.
Laporan gerakerja
 Sepanjang gerakerja pengawasan berlangsung, pihak kami diawasi oleh guru penasihat. Guru penasihat  diberikan kawasan untuk diselia, seperti Cikgu Hasbi menyelia kawasan Dataran Cendikiawan dan kawasan di tepi kolam renang, Cikgu Azizul menyelia hadapan blok E,F dan G dan belakang dewan selera , Cikgu Tuan Hadie menyelia kawasan tepi mesin ATM, disebelah pintu masuk utama dan sepanjang laluan jalan besar .
Pengakap diberi tunjuk ajar sebanyak tiga kali (dalam tiga minggu) oleh guru untuk menyusun kereta, memastikan kereta mendapat tempat letak kereta mengikut konsep ‘first come first serve’. Kawasan letak kereta guru dan ibubapa adalah selain dari itu. Pada sebelah pagi, 35 anggota pengakap dan JPAM siap berpakaian lengkap pengakap menjalankan tugas menyusun kereta.
Tempat yang paling mencabar sekali untuk menyusun kereta adalah di sekitar kolam renang, kerana kawasan tersebut adalah padang sahaja. Ajk lalulintas memberikan keutamaan kepada mereka yang datang awal untuk letak kereta di kawasan berlabel ABCD.(SILA RUJUK LAMPIRAN)


KRONOLOGI PERISTIWA SEBELUM HARI PROGRAM
Perjumpaan pertama
 Petugas diberikan taklimat tentang apa yang akan dilakukan pada 17.2.10. petugas akan diambil dari ahli pengakap yang tidak menyertai pertandingan kawad kaki pada 20.2.10 nanti. Ini untuk memberikan tugas yang sama rata kepada semua ahli pengakap.
Perjumpaan kedua
Selepas perjumpaan row call badan beruniform, petugas dibahagikan kepada kumpulan hari ini perhatian diberikan kepada kawasan dataran cendikiawan, belakang kolam renang dan hadapan asrama puteri. Petugas diingatkan supaya menyediakan papan tanda supaya boleh dipasang.
Perjumpaan ketiga( 10/2/10)
Selepas perjumpaan row call badan beruniform dan taklimat pertandingan perbarisan Menyelesaikan petugas letak kereta di blok asrama putera. 6 pengakap akan ditugaskan mengawal lalulintas di kawasan tepi dan belakang blok B, dan di belakang blok D. petugas didapati tidak menghantar tugasan menyediakan papan tanda laluan. Pada jam 10, selasa malam rabu 16.2.10, semua petugas akan berkumpul di dataran cendikiawan untuk membuat persiapan meletakkan papan tanda arah.
7 hari sebelum hari bermula komiti meletakkan notis memberitahu tempat letak kereta untuk guru dan staf pada hari tersebut . notis tersebut ditampal di punch card, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.
Perjumpaan keempat  (16 Februari 2010)
Sebelum hari pendaftaran, komiti berkumpul untuk membuat latihan, menaikkan papan-papan tanda dan membuat kerja terakhir. Komiti membuat pertemuan terakhir antara jam 11 dan 12 malam untuk memastikan kawasan pengawasan, mengagihkan manila kad untuk membuat papan tanda sekiranya perlu dan membahagi-bahagikan komiti mengikut kawasan yang dipilih.

KRONOLOGI PERISTIWA SEMASA HARI PROGRAM
17.2.2010
8 pagi
Hujan renyai dan komiti bersiap sedia di dataran cendikiawan, kelihatan kereta sudah mengisi ruang tempat meletak kereta. Komiti diberi penerangan terakhir, oleh cikgu Hasbi dan cikgu Tuan Hadie. Kawasan utama  untuk diisikan ialah di dataran cendikiawan, membawa ke kawasan belakang dewan bendahara. Kerjasama dari ibubapa diharapkan dengan adanya pembantu sukarelawan mengangkat barangan ke asrama.komiti yang menjaga kawasan yang jauh turun ke DC memberikan pertolongan, kerana matlamat utama untuk memenuhkan kawasan di Dc dahulu.
9 pagi
Masih hujan, komiti membuat susunan kereta seperti biasa. Kereta ibubapa mengisi ruang yang disediakan, dan kali ini mengisi kawasan di belakang dewan bendahara. Komiti mendapat makanan pagi, selainnya ke ds untuk makan pagi.
10 pagi
Tempat letak kereta yang baru dibuka ialah di sebelah ds, belakang blok E, tetapi belakang blok puteri tidak digunakan, kerena ibubapa lebih suka meletak kenderaan sebentar di hadapan asrama puteri  untuk letak barang. Tidak terjadi masalah pertembungan dua hala. Selepas mendaftar ibubapa bergerak ke asrama. Agak sukar meyakinkan ibubapa untuk tidak mengalihkan kenderaan mereka kerana kurang sukarelawan mengangkat barang, terutama pada waktu tengahari.
Jalan untuk pulang telah dibuka, dan jalan sentiasa dibuka secara dua hala, kecuali di hadapan blok asrama puteri, dan kawasan sebelah rumah TP HEA. Tiada masalah timbul kerana jalan dibuka dua hala, iaitu jalan besar dan kenderaan boleh keluar dengan pantas dan tidak perlu melalui asrama puteri .



11 pagi
Hari makin panas, dan kenderaan makin banyak, kerana hendak mengikuti program yang akan bermula jam 12pm -2 pm. Komiti mengawal lalulintas, dan banyak kawasan dibuka (IJKL)untuk menampung jumlah kenderaan.
12 tengah hari
Hari semakin panas dan komiti memastikan kenderaan di kasawan D,E yang bergerak mencari tempat di kawasan asrama keluar mengikut laluan sehala. Ini untuk mengelakkan kenderaan bertembung. Kawasan ABC boleh keluar terus ke jalan besar dan membelok ke kanan atau kiri.  Jalan besar masih dua hala.
1 petang
Komiti menguruskan kenderann yang keluar, walaupun program sepatutnya habis jam 2 petang, tetapi ibubapa sudah keluar atau ke asrama. Sebab utama ialah “hendak angkat barang yang banyak”, tidak boleh halang mereka, kerana memang sukarelawan tidak terurus. Komiti mengawal kawasan simpang tiga, antara dc dan jalan besar. Cuaca tidak panas
2 petang
Kenderaan keluar dengan banyak, dan komiti banyak memberikan kerjasama dan ibubapa mematuhi arahan komiti. Kerja tidak banyak dilakukan kerana kenderaan keluar dengan lancar.
3 petang
Kenderaan bergerak lancar, dan tidak susah mengawal lalulintas, kerana kenderaan keluar dari petak letak kereta sahaja menuju ke jalan besar. Jalan sehala adalah di asrama puteri dan hadapan rumah pengetua sahaja.
Selepas program berakhir, komiti membuat perbincangan untuk mengenalpasti masalah yang ditemui.
Masalah:
1)    Agak susah cari komiti pada awalnya, kerana pengakap yang ke jambori tidak dilibatkan. Penyelesaian ialah dengan membuat gerakerja mencari 25 ahli dengan pelajar dengan awal, dan membuat kerjasama dengan penasihat JPAM, Ustaz Fauzi bin Raman.pada 16.2.10, hanya 16 dari 57 pengakap hadir untuk briefing malam. Briefing malam tersebut adalah untuk mengenalpasti berapa ramai ahli pengakap yang telah pulang. Malangnya, komoti yang dilantik tidak datang, jadi pengakap jambori dilibatkan. Esok paginya, ramai yang hadir ke dataran cendikiawan.
2)    Pelajar tidak tahu bagaimana untuk susun kereta. Penyelesaiannya ialah dengan memberi tunjuk ajar pada 3 kali pertemuan pengakap pada setiap hari Khamis.
3)    Ibubapa tidak mengikut arahan dengan meletakkan kenderaan di atas jalan dan menghalang perjalanan kereta lain.
4)    Komiti tidak menyediakan papan tanda mengikut deadline, walaupun sudah satu minggu berlalu, tetapi hanya mendapat 2 hasil sahaja. Penyediaan papan tanda mengikut patrol , dimana  penasihat memastikan merekod hasil kerja pelajar.ia diselessaikan dengan komiti diberikan manila kad pada malam 16.2.10, dan diminta menyediakan papan tanda untuk kawasan seliaan sekiranya perlu.

Kesimpulan
Gerakerja ini telah dapat dijalankan dengan berkesan dan berjaya kerana semua yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik. Hujan renyai awal pagi menjadi pendorong pengakap mencurah bakti. Guru-guru penasihat turun padang melihat perkembangan gerakerja dan ini memberikan suntikan semangat kepada anak buah. Pada masa hadapan saya ingin cadangkan supaya dibuat garis kotak letak kereta sementara untuk susunan yang lebih teratur dan tidak memerlukan ramai orang sewaktu program berjalan.





Lampiran/rujukan:
Appendix i
Jumlah kenderaan yang boleh dimuatkan dalam kawasan yang telah dipilih

Appendix ii
Susunan kawasan mengikut keutamaan

Appendix iii
Surat ke Balai Polis Jasin.

Appendix iv
Contoh uniform yang dipakai oleh komiti

Appendix v
Borang biodata guru penasihat pengakap



Appendix i
Jumlah kenderaan yang boleh dimuatkan dalam kawasan yang telah dipilih:

Kawasan
Jumlah petak letak kereta
1.    Petanque
2.    Tepi dewan bendahara
3.    Dataran Cendikiawan
4.    Kawasan antara surau dan ds puteri
5.    Hadapan blok E,F dan G
6.    Hadapan surau lelaki
27
41
52
16
61
17











Appendix ii
Susunan kawasan mengikut keutamaan

Sistem pengekodan
Nama kawasan
Keutamaan
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
Dataran Cendikiawan
belakang dewan bendahara
antara kolam renang dan dewan bendahara
antara kolam renang dan court tennis
belakang kolam renang
hadapan asrama blok EFG.
Antara blok E dan surau
Hadapan surau
Tepi dewan selera lelaki
Belakang dewan selera lelaki dan blok BCD.
Belakang blok E
Antara Dataran Cendikiawan dan gelanggang tenis
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12





Appendix iii
PERHATIAN
TARIKH:17.2.10 (RABU)
MASA: 8 PAGI-2 PETANG
ACARA: HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN  4 (2010)

TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN UNTUK GURU-GURU DAN STAF ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.   TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN BERBUMBUNG ANTARA PSI DAN BLOK AKADEMIK
2.   KAWASAN RUMPUT SEBELAH PINTU MASUK UTAMA

DIHARAPKAN PARA GURU DAN STAF DAPAT MELETAKKAN KENDERAAN DI TEMPAT YANG TELAH DIKHASKAN.
TERIMA KASIH.




Appendix v
Contoh uniform yang dipakai oleh komiti


No comments :

Post a Comment